Laman

Selasa, 5 April 2011

Kalau…






Lelaki Hensem Vs Lelaki Tak Hensem
Satu kenyataan..renungkanlah..adakah anda di dalam kategori di atas? Kalau tak sure, keadaan manakah yang pernah anda alami di bawah?
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap : woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata : woi.. nak tunjuk hero la tuh…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata : sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya, ada hati)…
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap : sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap : ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap : naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata : kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Dan begitu jugalah sebaliknya berlaku kalau :
perempuan cun VS perempuan tak cun…
hal yg sama laki akan lakukan…3
***Hanya sekadar untuk hiburan sahaja…

Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com

Jumaat, 1 April 2011

Aku busy lerr..... cuba lah paham oww(sarawak punya ayat)...



Jam masih lagi pukul 4.30 petang... 
Aku cuba mencari jalan untuk melengah-lengahkan masa.. 
tapi sebenarnye aku nak lari dari budak2 kat bawah... 
kalu time lepas abis asar jer musti ader invitation berserta wakil untuk 
memanggilku kluar dari bilik.. 
Dan itu lah time yang dipanggil FUTSAL TIME... 




Kalu orang lain pasti gembira sakan punya kalu bebudak panggil... 
lebih2 lagi ajak main futsal pulak tu.. gerenti orang fikir korang ni star di 
kalangan budak2 tu.. tapi bagi aku.. aku biasa jer.. mana tak nyer.. Aku main pun tak pas, diaorang maseh jugak nak ajak... itu tak penting, yang aku bengang sebenarnya hari2 balik 
akhir.. maghrib lepas baru sampai rumah.. maner tak bengang macam tu....






Start minggu ni aku nekad...
DONT PLAYING FUTSAL... bukan tak main terus.. cuma jangan melebih
pulak time dia... kewajipan pun tinggal.. Lagikpun aku dah ader taktik dah ni...
HAHA... Nak tau? Senang jer.. Cakap jer banyak kerja... kan simple.. kalu
diaorang maseh tak faham kasi balun aje hempedu diorang.. susah2 jer... 


Assalamualaikum....
Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com

Sabar Atas Ujian Allah SWT


Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com

Tips Menambah Bandwidth Internet pada Windows


Korang mesti selalu jer asyik membebel pasal tenet lambat kan ??? :twisted: :twisted: :twisted: Hari ini aku nak share ngan korang ckit tips utk menambah bandwidth internet pada Windows. Lepas ni InsyaAllah tenet korang akan terasa lebih cepat daripada biasa. :D :D :D
Sebenarnya, ketika kita browsing, chatting, download atau apapun yang terhubung ke internet, Windows sudah pun membatasi bandwidth sebanyak 20% dari jumlah bandwidth yang sepatutnya. Angka yang cukup besar bukan? Untuk mengurangi atau mengosongkan batasan bandwidth tersebut supaya pada Windows kita boleh memaksimumkan dalam menggunakan bandwidth yang sudah ada, ikuti langkah-langkah di bawah ini:
  1. Klik [Start] > [Run], taip gpedit.msc dan tekan [Enter].
  2. Masuk ke [Local Computer Policy] > [Computer Configuration] > [Administrative Templates] > [Network] > [QoS Packet Scheduler].
  3. Pada panel sebelah kanan cari setting yang bernama Limit reservable bandwidth dan double click .
  4. Kemudian, pada jendela berikutnya, pilih [Enabled] dari tiga pilihan yang berbentuk radio button. Di bagian bawah, ganti 20 dengan 0 pada bahagian [Bandwidth limit (%)].
  5. Klik [Apply] > [OK].
  6. Tutup Group Policy dan restart Windows.
Selamat mencuba… :D :D :D

Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com

WOW!! Dua Yahoo! Messenger Dalam Satu Masa



 YM! ??? Siapa yang xpernah gune YM!. Sila angkat tangan! :D :D :D Aku rase konfem korang semua mmg kaki chatting kan? Dan salah satu aplikasi yg korang selalu gune utk chatting ialah mesti Yahoo! Messenger ( YM! ).Hehehe~
Mengunakan multi account atau menjalankan multi user pada aplikasi Yahoo! Massenger pada satu masa lazimnya tidak dapat dilakukan. Kalau korang gune Pidgin mmg dapat login byk account dlm satu mase tp nak gune YM! ni mmg x dapat kan. Tapi ada trick yang dapat kita gunakan jika sememangnya kita memliki banyak account di Yahoo! yang boleh diguna untuk account YM!.
Hari ni aku nak share ngan korang trick cmne nak membolehkan kite menjalankan YM! beberapa kali sehingga pada satu masa yang sama korang dapat login dengan menggunakan beberapa account yahoo!. Aku pun dah cuba. Memang berkesan! :D :D :D
Caranya adalah seperti berikut :
  1. Klik [Start] > [Run] > type ‘regedit’ dan tekan [Enter]
  2. Masuk ke [HKEY_CURRENT_USER] > [software] > > [pager] > [Test] > Klik kanan > [new] > [DWORD Value]
  3. Namakannya sbg ‘plural’
  4. Klik kanan pada ‘plural’ > [modify]
  5. Tukar O kepada 1 > [Enter]
Siap! Tutup tetingkap regedit tu dan korang boleh cuba buka YM! dengan semua user id YM! yang ada.
P/s : Jaga2 dgn org yang suka bukak byk YM! Mesti ada niat atau agenda yang tertentu. :D :D :D

Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com

Alahai Kamal Artatuk… naper lah kau ni....


Nak tau cerite orang tua ni?... haaa..... sadis sungguh...

Ini antara kerja2 budus dia...


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!
Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
Tgk la apa jadi pada manusia yg dh menghancurkan Turki yg dulu nya Empayar Kuat Islam….

Apa macam?.... Allahuakhbar...

Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com

Speed test… haha... The truth thing... Walcott (100m dalam 10 saat)...





Pemain penyerang yang berpotensi besar kerana kelajuan yg selaju Walcott (100m dalam 10 saat) nih juga mahir menggunakan kedua2 kaki.... penyudah bagi wenger pulak ala2 King Henry... bagi peminat2 arsenal.. 
permainan walcott pasti ditunggu.. mane tak nya.. 2nd half baru nk masok.. xpe.. wenger punye taktik...










Sama gak waktu mamat ni main untuk national team... tiada kurang berbanding dia main dengan arsenal... salute... harap peristiwa piala dunia 2010 x berulang lagi...
Sila like n3 saya.
www.tips-fb.com